awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IGB Berhad terima kelulusan Kementerian Ekonomi bagi pengambilalihan dua lot tanah bernilai RM215 juta di Johor
Warga emas maut tertimbus tanah runtuh di belakang hotel Sandakan
Thailand arah penjawat awam bekerja dari rumah bagi kurangkan penggunaan tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan AS, Israel musnahkan sepenuhnya potensi nuklear Iran - Trump

Bernama
Bernama
05/03/2026
04:33 MYT
Serangan AS, Israel musnahkan sepenuhnya potensi nuklear Iran - Trump
Trump mengulangi dakwaannya bahawa serangan AS ke atas Iran pada Jun lalu menjejaskan dengan ketara keupayaan nuklear negara itu. - Gambar fail

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu bahawa serangan oleh tentera AS dan Israel ke atas Iran adalah perlu bagi menghalang Tehran daripada membangunkan senjata nuklear, sambil mendakwa yang jika Washington tidak bertindak terlebih dahulu, Iran mungkin menyerang Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Jika kami tidak menyerang dalam tempoh dua minggu, mereka akan memiliki senjata nuklear,” kata Trump ketika berucap pada satu acara di Rumah Putih.
Beliau juga mengulangi dakwaannya bahawa serangan AS ke atas Iran pada Jun lalu menjejaskan dengan ketara keupayaan nuklear negara itu.
‘’Ia memusnahkan sepenuhnya potensi nuklear mereka dan itu menjejaskan kemajuan program mereka dengan amat ketara,” katanya.
Ketegangan serantau semakin memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Iran pada Sabtu, dan meragut nyawa lebih 900 orang, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei serta pegawai tertinggi tentera.
Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#operation epic fury
#Perang Iran-Israel 2026
#Trump
#nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan