awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi persekolahan di Kuching, Padawan dan Samarahan ditangguh, ini lima tumpuan kenyataan JPBN Sarawak

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
29/07/2020
11:23 MYT
Sesi persekolahan di Kuching, Padawan dan Samarahan ditangguh, ini lima tumpuan kenyataan JPBN Sarawak
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan terus mengikuti rapat perkembangan terkini COVID-19 di negeri itu. -Gambar Arkib
Sarawak merekodkan pertambahan dua kes baharu COVID-19 pada Rabu.
Melalui laporan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, dua kes tersebut adalah merupakan kontak rapat kepada dua kluster yang masih aktif iaitu Kluster Sentosa dan Kluster Mambong.
Selain itu, JPBN Sarawak turut mengumumkan penangguhan sesi persekolahan bagi daerah Kuching, Padawan dan Samarahan.
Berikut merupakan lima tumpuan yang dibawakan melalui kenyataan JPBNS hari ini:
1. Pembukaan semula sesi persekolahan di daerah Kuching, Padawan dan Samarahan yang dijadualkan pada 3 Ogos ini ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu pada 17 Ogos 2020.
2. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, penangguhan itu melibatkan murid sekolah rendah dari Tahun Satu hingga Enam serta pelajar sekolah menengah bagi Kelas Peralihan, Tingkatan Satu hingga Empat dan Tingkatan Enam Rendah.
3. Di samping itu, Sarawak merekodkan pertambahan dua kes baharu positif COVID-19 pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhannya kini 677 kes.
4. Antara keputusan lain, JPBN Sarawak turut akan melaksanakan kerjasama dengan pihak Sarawak Volunteers (SV) bagi memudahkan urusan pendaftaran pelajar matrikulasi dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.
5. Setakat hari ini, 10 kluster dilaporkan masih aktif di Sarawak
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#JPBNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan