awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh

Bernama
Bernama
27/02/2024
07:17 MYT
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Muhammad Shafee tidak dapat menghadiri prosiding hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini selepas peguam utama bekas perdana menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengalami palpitasi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan peguam Tania Scivetti untuk penangguhan kerana Muhammad Shafee tidak dapat menghadiri prosiding hari ini.
"Tan Sri Muhammad Shafee tidak sihat dan akan bertemu doktor hari ini untuk mengetahui keadaannya kerana mengalami palpitasi (keadaan berdebar-debar) semoga esok beliau sihat dan boleh menghadiri prosiding," kata Scivetti.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib tidak membantah permohonan itu dan mencadangkan tarikh baharu untuk menggantikan perbicaraan hari ini pada Mac (14, 15 dan 27) serta pada 1 hingga 5 April.
Hakim Sequerah bersetuju dengan tarikh itu dan memerintahkan perbicaraan bersambung esok.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes 1MDB
#Najib Razak
#Muhammad Shafee Abdullah
#jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan