awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahidan dijangka umum sekatan penjualan arak pada Khamis

Sinar Harian
Sinar Harian
29/11/2021
06:49 MYT
Shahidan dijangka umum sekatan penjualan arak pada Khamis
Menurut Shahidan, kata sepakat telah dicapai bersama pengeluar dan pengedar arak.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada 2 Disember di Parlimen berhubung sekatan penjualan arak.
Menurutnya, kata sepakat telah dicapai bersama pengeluar dan pengedar arak.
“Kami telah mencapai kata sepakat dengan pengeluar dan pengedar arak, saya akan membuat pengumuman Khamis ini (di Parlimen),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Topping Off Residensi Wilayah Keluarga Malaysia SkyAwani 3 pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian telah bercakap dengan semua pihak yang membantah keputusan untuk menyekat penjualan arak.
“Kementerian telah bercakap dengan semua pihak berkepentingan yang membantah keputusan itu dan bersetuju dengan pendekatan menang-menang.
“Matlamat kami adalah untuk mengekang kebolehcapaian mudah arak dan sebenarnya isu ini sudah selesai,” katanya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini mengeluarkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang telah digunapakai berkuatkuasa 15 November 2020.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Shahidan dijangka umum sekatan penjualan arak pada Khamis
Topic Berkaitan
#penjualan arak
#minuman keras
#Shahidan Kassim
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan