awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpan diesel bersubsidi tanpa lesen, kilang berdepan tindakan undang-undang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/07/2023
00:20 MYT
Simpan diesel bersubsidi tanpa lesen, kilang berdepan tindakan undang-undang
Pemeriksaan lanjut menemui sebuah skid tank berkapasiti 19,000 liter yang mengandungi cecair disyaki minyak diesel di dalam kawasan premis. - Foto KPDN Perak
IPOH: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 4,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM11,000 dalam satu serbuan di sebuah kilang dekat sini semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perak Mohamed Aznanshah Khalid berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa pada kira-kira jam 2.50 petang.
Menurutnya, operasi ke atas premis yang terletak di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor, itu adalah hasil risikan anggotanya selama seminggu.
“Ketika serbuan dilakukan, didapati premis ini sedang beroperasi menjalankan perniagaan kilang membuat bumbung.
“Seorang lelaki warga tempatan berumur 40-an, mengaku sebagai pengurus premis, turut berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Aznanshah berkata, pemeriksaan lanjut menemui sebuah skid tank berkapasiti 19,000 liter yang mengandungi cecair disyaki minyak diesel, di dalam kawasan premis.
Tambahnya, siasatan awal dijalankan ke atas lelaki terbabit mengikut arahan di bawah Seksyen 8 dan 8(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sebanyak 4,000 liter cecair disyaki minyak diesel didapati di dalam skid tank tersebut.
Foto KPDN Perak
Foto KPDN Perak
Kata Mohamed Aznanshah, ketika pemeriksaan, lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit barang kawalan berjadual minyak diesel apabila diminta.
Sehubungan itu, ujarnya, kesemua barangan seperti dokumen dan cecair disyaki minyak diesel telah disita.
Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Topic Berkaitan
#kilang buat bumbung
#diesel bersubsidi
#KPDN Perak
#Kawasan Perindustrian Kanthan Chemor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan