awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura hadkan dua bank kuasa untuk penumpang penerbangan bermula 15 April

Bernama
Bernama
06/04/2026
12:18 MYT
Singapura hadkan dua bank kuasa untuk penumpang penerbangan bermula 15 April
Pengarah piawaian penerbangan CAAS Foong Ling Huei berkata keperluan baharu itu akan membantu mengurangkan risiko kebakaran yang disebabkan oleh bank kuasa dalam penerbangan. - Gambar hiasan
Penumpang yang berlepas dari Singapura hanya dibenarkan membawa maksimum dua bank kuasa bagi setiap seorang dalam penerbangan mulai 15 April, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).
Dalam kenyataan pada Isnin, CAAS memaklumkan penumpang yang membawa lebih daripada dua bank kuasa akan dikehendaki membuang lebihan peranti mudah alih itu sebelum penerbangan.
"Bank kuasa juga tidak boleh dicaj di dalam pesawat dan penumpang dinasihatkan supaya tidak menggunakan bank kuasa untuk mengecas peranti mereka semasa penerbangan," katanya.
Sekatan baharu CAAS itu berikutan tambahan kepada Arahan Teknikal untuk Pengangkutan Selamat Barang Berbahaya melalui Udara yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada 2 April, yang mengemas kini keperluan keselamatan berkaitan dengan pembawaan dan penggunaan bank kuasa di dalam pesawat.
"Bateri litium dalam bank kuasa boleh menjadi terlalu panas atau litar pintas, menimbulkan bahaya kebakaran dan keselamatan dalam penerbangan.
"Keperluan baharu ICAO iaitu maksimum dua bank kuasa bagi setiap penumpang dan sekatan ke atas pengecasan dan penggunaan bank kuasa dalam penerbangan bertujuan mengurangkan risiko kebakaran sambil memenuhi keperluan perjalanan penumpang,” menurut CAAS.
Pengarah piawaian penerbangan CAAS Foong Ling Huei berkata keperluan baharu itu akan membantu mengurangkan risiko kebakaran yang disebabkan oleh bank kuasa dalam penerbangan.
"Kami menggesa semua penumpang membiasakan diri dan mematuhi keperluan baharu, demi keselamatan mereka sendiri dan penumpang lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#caas
#bank kuasa
#penerbangan
#ICAO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan