awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura, Jepun umum perkongsian strategik sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik

Bernama
Bernama
18/03/2026
14:58 MYT
Singapura, Jepun umum perkongsian strategik sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik
Wong (kiri) sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jepun bermula dari 17 hingga 19 Mac.. - Facebook Lawrence Wong
Singapura dan Jepun pada Rabu mengumumkan penubuhan perkongsian strategik bagi memperkukuh hubungan diplomatik serta memperluas kerjasama antara kedua-dua negara.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi sempena ulang tahun ke-60 jalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Wong sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jepun bermula dari 17 hingga 19 Mac.
Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua negara berkata perkongsian strategik itu akan memperdalam asas hubungan substantif dan pelbagai aspek antara kedua-dua negara, selain memperluas kerjasama dalam lima bidang berpandangan jauh.
"Ia juga akan memperkukuh kerjasama dalam pelbagai isu di arena antarabangsa, terutamanya ketika persekitaran keselamatan antarabangsa dan sistem perdagangan pelbagai hala sedang menghadapi cabaran yang semakin ketara," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Kementerian Luar (MFA) Singapura menyatakan kedua-dua perdana menteri turut bersetuju untuk memperdalam kerjasama dalam bidang ekonomi hijau dan digital serta daya tahan rantaian bekalan dan ekonomi.
Langkah ini akan membantu kedua-dua negara mengemudi persekitaran geopolitik yang tidak menentu dengan lebih baik selain memberikan manfaat kepada rakyat dan perniagaan.
Selain itu, kedua-dua pemimpin bersetuju mengenai kepentingan bekerjasama bagi mendukung perdagangan bebas dan terbuka, sistem antarabangsa berasaskan peraturan, serta seni bina serantau yang terbuka dan inklusif dengan ASEAN sebagai terasnya.
"Sebagai penyelaras negara bagi hubungan ASEAN-Jepun, Wong komited untuk bekerjasama rapat dengan Jepun bagi melaksanakan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) ASEAN-Jepun.
Ini termasuk memperdalam integrasi ekonomi dan bekerjasama dalam inisiatif digital serta hijau, seperti Grid Kuasa ASEAN," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Jepun
#Lawrence Wong
#Sanae Takaichi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan