awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura rampas produk vap bernilai lebih S$1.1 juta dalam serbuan terbesar sejak Sept 2025

Bernama
Bernama
13/03/2026
12:25 MYT
Singapura rampas produk vap bernilai lebih S$1.1 juta dalam serbuan terbesar sejak Sept 2025
- Gambar hiasan/BERNAMA
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) merampas peranti pengewap (vap) dan komponen berkaitan bernilai lebih S$1.1 juta (kira-kira RM3.37 juta) di Singapura, yang merupakan operasi terbesar sejak September 2025.
Dalam satu kenyataan, HSA memaklumkan pihaknya telah menyita hampir 67,000 produk vap dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dalam operasi yang dijalankan pada 24 Feb 2026.
"Siasatan susulan mendedahkan subjek berkenaan bertanggungjawab ke atas sebuah gudang komersial yang terletak di Mandai, yang didapati menyimpan sejumlah besar vap untuk pengedaran tempatan.
"Lelaki itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengimportan vap dan komponen berkaitan. Siasatan lanjut masih dijalankan," menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Singapura akan menguatkuasakan penalti baharu yang dipertingkatkan di bawah Akta Kawalan Tembakau dan Produk Pengewap (TVCA) bermula 1 Mei 2026, menyasarkan pengimport dan pembekal produk terlarang, serta penghuni dan pemilik premis yang tidak mematuhi langkah-langkah berkenaan.
Pengimport vap akan berdepan hukuman penjara mandatori sehingga sembilan tahun dan denda sehingga S$300,000, manakala pembekal berdepan hukuman penjara mandatori sehingga enam tahun dan denda sehingga S$200,000.
Menurut HSA, pemilik dan penghuni tanah, bangunan serta premis perlu berwaspada bagi menghalang penyimpanan produk terlarang seperti vap di premis mereka di bawah TVCA.
Mereka yang gagal mematuhi undang-undang baharu itu berdepan denda sehingga S$100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama; manakala denda sehingga S$200,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#HSA
#vap
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan