awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal NexG: Jika Victor Chin sudah lari, Abu Hanifah Noordin perlu tampil perjelas - MCW

Bernama
Bernama
03/04/2026
07:20 MYT
Skandal NexG: Jika Victor Chin sudah lari, Abu Hanifah Noordin perlu tampil perjelas - MCW
Jais menegaskan kepimpinan syarikat perlu tampil segera bagi mengelakkan spekulasi berterusan yang boleh menggugat keyakinan pasaran - Foto/fail
Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) memandang serius dakwaan bahawa ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long, telah meninggalkan negara ketika siasatan sedang dijalankan berhubung perbelanjaan RM303.7 juta melibatkan syarikat NexG Bhd.
Presidennya, Jais Abdul Karim, berkata jika benar, perkembangan itu menimbulkan persoalan terhadap tahap pematuhan undang-undang, kawalan dalaman syarikat serta keberkesanan mekanisme pemantauan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, beliau menegaskan ketiadaan individu berkenaan tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan penjelasan kepada umum, khususnya kepada pemegang saham dan pelabur.
Sehubungan itu, MCW, katanya menggesa Ketua Pegawai Eksekutif NexG Bhd, Datuk Abu Hanifah Noordin, tampil memberikan penjelasan yang telus, menyeluruh dan berfakta berhubung perbelanjaan tersebut bagi tempoh November 2024 hingga September 2025.
Menurutnya, prinsip akauntabiliti korporat menetapkan bahawa tanggungjawab tidak terletak kepada individu tertentu sahaja, sebaliknya melibatkan keseluruhan struktur kepimpinan syarikat.
"Sebarang perbelanjaan berskala besar yang menimbulkan persoalan awam perlu diperjelaskan secara profesional, termasuk butiran penggunaan dana, proses kelulusan, kawalan dalaman serta pihak yang terlibat dalam membuat keputusan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata isu melibatkan NexG kini bukan lagi sekadar isu dalaman syarikat, sebaliknya telah berkembang menjadi isu berkepentingan nasional yang boleh menjejaskan keyakinan pelabur serta reputasi pasaran modal negara.
Dalam pada itu, Jais menegaskan kepimpinan syarikat perlu tampil segera bagi mengelakkan spekulasi berterusan yang boleh menggugat keyakinan pasaran.
Katanya, prinsip akauntabiliti bersama juga perlu ditegakkan memandangkan setiap keputusan kewangan besar dalam syarikat tersenarai melibatkan pelbagai peringkat kelulusan.
MCW turut menekankan bahawa kepentingan pemegang saham dan pelabur mesti diutamakan dengan memastikan mereka menerima penjelasan yang jelas dan telus.
"MCW menggesa agar Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkukuh kerjasama dalam menyiasat keseluruhan rantaian transaksi dan tadbir urus syarikat.
"Sekiranya terdapat sebarang cubaan untuk melindungi mana-mana pihak melalui struktur korporat atau kelemahan tadbir urus, tindakan tegas mesti diambil," katanya.
Topic Berkaitan
#Skandal NexG
#MCW
#Victor Chin
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan