awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad ragbi wanita negara juara edisi sulung Kejohanan 15s Asia Tenggara

Bernama
Bernama
14/02/2026
23:42 MYT
Skuad ragbi wanita negara juara edisi sulung Kejohanan 15s Asia Tenggara
Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Amir Amri Mohamad menyampaikan trofi kepada Kapten Ragbi Malaysia, Rozliana Mohd Ridwan (depan, kiri) dan Ketua Kumpulan Ragbi Malaysia, Masliana Ahmad Ismail (depan, kanan) selepas muncul juara pada perlawanan akhir Ragb
Pasukan ragbi wanita 15 sebelah (15s) negara muncul juara edisi sulung Kejohanan Ragbi Wanita 15s Asia Tenggara (SEA Women’s XV) selepas membelasah Filipina 78-0 pada aksi terakhir liga sepusingan di Padang Astaka, di sini semalam.
Kejayaan itu hadir selepas satu lagi pasukan, Singapura yang diikat 15-15 oleh anak buah Raimi Mohd Yusof pada aksi pembukaan kejohanan 8 Feb lepas hanya mampu menundukkan Filipina 51-0 pada Rabu.
Dalam aksi menentang Filipina, skuad 15s wanita kebangsaan bermula garang dengan deretan try sehingga mendahului 38-0 sebelum separuh masa berakhir.
Malaysia terus mengukuhkan kedudukan dengan meraih 40 lagi mata di babak kedua untuk menjuarai kejohanan yang disertai tiga negara itu.
Sementara itu, Raimi berkata beliau tidak menjangkakan anak buahnya mampu mencipta kejutan membenam pasukan pelawat dengan jumlah mata yang begitu besar.
“Kita belajar daripada kesilapan ketika aksi menentang Singapura. Kita tahu Filipina ada kelebihan fizikal, jadi kita perkukuhkan aspek pertahanan dan skuad negara memiliki kepantasan untuk melakukan serangan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ragbi wanita
#Kejohanan Ragbi Wanita 15s Asia Tenggara
#Singapura
#Raimi Mohd Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan