awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM lancar 'KEJAR 17'

Bernama
Bernama
07/09/2017
03:45 MYT
SPRM lancar 'KEJAR 17'
Datuk Abdul Samat Kasah berkata program selama 12 hari bermula 18 Sept itu akan disertai 44 motosikal dan dua bas yang membawa pegawai kanan SPRM. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melancarkan Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 17 sebagai inisiatif menggalakkan masyarakat memerangi dan membenci jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Abdul Samat Kasah berkata program selama 12 hari bermula 18 Sept itu akan disertai 44 motosikal dan dua bas yang membawa pegawai kanan SPRM.
"Melalui program KEJAR ini, pegawai SPRM akan pergi dari negeri ke negeri untuk mendekati masyarakat dan memberi pendedahan mengenai jenis rasuah serta salah guna kuasa yang sering berlaku.
"Kami mahu masyarakat bukan sahaja benci rasuah malah tolak pemberian atau permintaan rasuah sehingga sanggup melapor dan menjadi saksi," katanya ketika menjadi tetamu program terbitan Bernama Radio pada Rabu.
Selain itu, beliau berkata masyarakat tidak perlu bimbang untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang pelakuan rasuah kerana tindakan mereka dilindungi undang-undang.
Dalam pada itu, Abdul Samat berkata lebih 45,000 individu telah mendaftar sebagai Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) SPRM yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada masyarakat menjadi mata dan telinga SPRM dengan penyertaan masih dibuka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Samat Kasah
#Gerah
#KEJAR 17
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan