awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan peniaga dipercayai beri rasuah ekoran ingkar PKP

Bernama
Bernama
21/04/2020
03:40 MYT
SPRM tahan peniaga dipercayai beri rasuah ekoran ingkar PKP
SPRM tetap akan mengambil tindakan terhadap setiap aduan kesalahan rasuah yang diterima walaupun dalam tempoh PKP sedang berkuat kuasa.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang peniaga kedai peralatan komunikasi yang dipercayai memberi rasuah kepada pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang ingkar arahan notis berhubung sektor perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Difahamkan, lelaki berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.00 petang semalam di pejabat SPRM Cawangan Kluang bagi membantu siasatan kerana memberi rasuah RM500.
Dia kemudian dilepaskan dengan jaminan selepas pihak SPRM mengambil keterangannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
Sebelum itu, peniaga berkenaan dikatakan dikenakan kompaun oleh MPK atas kesalahan mengingkari arahan notis kali kedua mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], dengan kadar kompaun bagi kesalahan itu berjumlah RM1,000.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.
Jelas beliau, SPRM menasihatkan semua pihak agar tidak melakukan sebarang aktiviti rasuah kerana suruhanjaya berkenaan tetap akan mengambil tindakan terhadap setiap aduan kesalahan rasuah yang diterima walaupun dalam tempoh PKP sedang berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ingkar PKP
#kedai peralatan komunikasi
#Kluang
#kompaun
#Majlis Perbandaran Kluang
#Norazlan Mohd Razali
#penguat kuasa
#peniaga
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan