awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2025
03:40 MYT
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 40-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman dua anggota lain-lain pangkat pasukan keselamatan yang juga bertugas sebagai jurulatih.
Mereka disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan Elaun Latihan berjumlah kira-kira RM26,000.
Perintah reman selama enam hari bermula 21 sehingga 26 Januari 2025 telah dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret 1, Melaka pagi Rabu.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 40-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 serta menerima wang rasuah secara tunai dan melalui transaksi pindahan ke akaun bank.
“Kedua-dua suspek juga disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan Elaun Latihan Kem Tahunan beberapa anggota sedangkan anggota-anggota tersebut tidak hadir latihan tersebut,” katanya.
Sementara itu Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#pasukan keselamatan
#butir matan palsu
#tuntutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan