awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status Malaysia sebagai pengeluar minyak beri kelebihan lindungi rakyat - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
10/03/2026
12:26 MYT
Status Malaysia sebagai pengeluar minyak beri kelebihan lindungi rakyat - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata di Malaysia, harga RON95 untuk rakyat yang layak masih RM1.99 seliter melalui BUDI95. - Gambar fail
Status Malaysia sebagai pengeluar minyak dan pendapatan yang dijana daripada sektor itu membantu kerajaan melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga tenaga, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata kenaikan harga minyak dunia meningkatkan pendapatan negara daripada industri minyak.
Katanya sebagai contoh, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meluluskan dividen kira-kira RM32 bilion bagi tahun kewangan 2025 manakala kira-kira RM20 bilion pada 2026.
“Ya, memang ada kesan apabila harga minyak dunia meningkat. Kos pengangkutan dan barangan di seluruh dunia juga naik.
“Rakyat akan merasainya tetapi ada satu kelebihan (sebagai pengeluar minyak) yang membantu negara untuk mengurangkan kesan kepada rakyat,” katanya menerusi perkongsian di media sosial milik beliau pada Selasa.
Beliau berkata pada tahun lepas, Malaysia telah menghasilkan kira-kira 184 juta tong minyak mentah dan kondensat.
Tengku Zafrul berkata di Malaysia, harga RON95 untuk rakyat yang layak masih RM1.99 seliter melalui BUDI95.
“Walaupun harga tanpa subsidi lebih tinggi, kerajaan juga melaksanakan subsidi bersasar supaya bantuan sampai kepada rakyat yang memerlukan dan mengurangkan ketirisan.
“Yang penting rakyat faham apabila harga minyak dunia naik, banyak negara hanya menanggung kos yang lebih tinggi.
“Malaysia berbeza. Kita bukan sekadar membeli minyak, kita juga menghasilkannya. Kekuatan itu kita gunakan untuk melindungi rakyat,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengeluar minyak
#Global
#media sosial
#pendapatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan