awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stesen minyak mungkin ditutup di seluruh Bangladesh susulan kebimbangan keselamatan

Bernama
Bernama
23/03/2026
09:36 MYT
Stesen minyak mungkin ditutup di seluruh Bangladesh susulan kebimbangan keselamatan
Persatuan Pemilik Stesen Minyak Bangladesh memaklumkan stesen minyak di seluruh negara kini berdepan “situasi kritikal”. - Gambar hiasan
Pemilik stesen minyak di Bangladesh memberi amaran bahawa stesen minyak di seluruh negara mungkin ditutup susulan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat serta kekurangan bekalan bahan api yang berterusan, lapor United News of Bangladesh (UNB).
Persatuan Pemilik Stesen Minyak Bangladesh memaklumkan stesen minyak di seluruh negara kini berdepan “situasi kritikal” apabila peruntukan bekalan bahan api harian daripada syarikat tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat.
Akibatnya, penunggang motosikal terpaksa beratur panjang selama berjam-jam untuk mengisi bahan api.
Pekerja stesen minyak turut berdepan tekanan fizikal dan mental yang serius akibat beban kerja berterusan, menurut persatuan itu, sambil menambah keadaan berkenaan boleh membawa kepada penutupan sepenuhnya stesen minyak sekiranya bekalan mencukupi tidak dijamin.
Organisasi itu turut mendakwa isu keselamatan dalam sektor pemasaran bahan api sebahagian besarnya diabaikan oleh kerajaan dan pentadbiran tempatan, sekali gus menyebabkan kekacauan yang semakin meningkat di stesen minyak.
Persatuan itu juga mendakwa terdapat kumpulan terancang yang memaksa stesen minyak beroperasi pada waktu malam dan mengambil bahan api.
Menurut persatuan berkenaan, selain kekurangan bahan api, risiko keselamatan turut meningkat termasuk ancaman rompakan terhadap lori tangki semasa penghantaran dari depot.
Ia memberi amaran bahawa melainkan keselamatan mencukupi dijamin dengan segera, pemilik stesen minyak mungkin terpaksa menghentikan pengambilan bekalan bahan api dari depot dan akhirnya menutup operasi.
Persatuan itu turut memaklumkan bahawa pada malam sebelum Aidilfitri, banyak stesen minyak tidak dapat menyimpan walaupun 200 liter oktana untuk perkhidmatan kecemasan seperti ambulans kerana bahan api diambil secara paksa selepas pam dibuka di bawah tekanan.
“Tanpa kehadiran kukuh agensi penguatkuasaan undang-undang di stesen minyak, tiada pilihan selain menghentikan pengambilan bahan api dari depot,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA-UNB
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#stesen minyak
#bekalan
#penutupan
#kebimbangan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan