awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri antara yang maut kemalangan di Jalan Saratok-Sarikei

Bernama
Bernama
26/10/2020
20:34 MYT
Suami isteri antara yang maut kemalangan di Jalan Saratok-Sarikei
Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang Isnin, sebuah lori kargo menuju ke arah Sarikei sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Saga. - Gambar fail
SIBU:Sepasang suami isteri dan seorang remaja maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori kargo di Simpang Salcra, Jalan Saratok-Sarikei, kira-kira 110 km dari sini, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang maut itu dikenali sebagai Raju Lian, 43, dan isterinya, Irene Jerah, 44, serta seorang remaja perempuan Vanessa Deborah Medan, 16, yang belum dapat disahkan kaitannya dengan pasangan berkenaan.
"Dua anak pasangan itu yang dikenal pasti sebagai Geneyses Rachle Raju, 15, dan Bakter None Raju, 20, serta seorang lagi penumpang remaja lelaki, Moses Medan, 13, cedera dan telah dibawa ke Hospital Saratok," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Katanya, ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, lori kargo itu menuju ke arah Sarikei sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Saga berkenaan, bagaimanapun pemandu dan kelindan lori kargo tidak mengalami kecederaan.
"Anggota bomba menggunakan 'rescue tool' untuk mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit di dalam kereta yang remuk itu dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Jabatan Kesihatan yang tiba di tempat kejadian, sementara tiga lagi yang cedera telah dibawa ke Hospital Saratok untuk rawatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#meninggal dunia
#mangsa
#cedera
#Sarawak
#Lori
#Proton Saga
#kereta
#Jalan Saratok-Sarikei
#kemalangan maut
#suami isteri
#bomba
#Hospital Saratok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan