awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Mizan rasmi Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Bernama
Bernama
14/09/2022
20:35 MYT
Sultan Mizan rasmi Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Jambatan Angkat Kuala Terengganu ini memberi impak besar kepada pembangunan negeri dan menjadi produk baharu sektor pelancongan di Terengganu. - Gambar fail/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini, malam tadi.
Perasmian itu adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Keputeraan baginda.
Turut berkenan berangkat pada upacara itu Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jambatan ikonik itu telah memberi impak besar kepada pembangunan negeri dan menjadi produk baharu sektor pelancongan di negeri ini.
"Ini terbukti melalui pengiktirafan anugerah Ikon Pelancongan Baharu Terbaik oleh Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2019.
"Sehingga Julai 2022, sejumlah 379,900 pengunjung telah direkodkan melawat jambatan ikonik ini," katanya ketika berucap pada majlis itu.
Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri merakamkan penghargaan atas sumbangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam merancang dan melaksanakan projek jambatan berkenaan.
Katanya kewujudan Jambatan Angkat Kuala Terengganu juga telah memberi peluang ekonomi baharu kepada rakyat tempatan terutamanya golongan B40.
"Perniagaan-perniagaan kecil seperti reruai jualan dan trak makanan telah dapat diwujudkan di kawasan sekitar yang memberi peluang kepada lebih 100 usahawan baharu," katanya.
Kerja-kerja pembinaan jambatan itu bermula pada Ogos 2014 dan berjaya disiapkan dan seterusnya dibuka untuk kegunaan awam pada Ogos 2019.
Projek dengan kos RM249 juta itu terdiri daripada struktur jambatan sepanjang 838 meter, empat struktur menara serta dua "sky bridge" dan merupakan jambatan pertama di Asia Tenggara dengan reka bentuk seumpama itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Terengganu
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#Jambatan Angkat Kuala Terengganu
#perasmian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan