awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Ling

Astro Arena
Astro Arena
07/04/2026
13:32 MYT
Sultan Nazrin, Tuanku Zara berkenan beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Ling
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan memberikan penghormatan terakhir kepada Tun Dr Ling di Pusat Xiao En, Kuala Lumpur, 7 April 2026. --fotoBERNAMA
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik semalam.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Pusat Xiao En, Cheras, disambut isteri mendiang, Toh Puan Ong Ee Nah dan anak lelakinya, Ling Hee Keat serta Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Sultan Nazrin turut berkenan menulis kata-kata semangat kepada ahli keluarga Dr Ling dalam sebuah buku takziah sebelum memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan meluangkan masa menyantuni ahli keluarga mendiang sebelum berangkat pulang.
Dr Ling meninggal dunia Sabtu lepas pada usia 82 tahun.
Bekas Presiden MCA itu antara anggota Kabinet paling lama berkhidmat ketika menerajui Kementerian Pengangkutan selama 17 tahun dari 1986 hingga peletakan jawatan beliau pada 2003.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#Tuanku Zara Salim
#Ling Liong Sik
#penghormatan terakhir
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan