awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek pembunuhan berganda di Kovan, Singapura ditahan PDRM

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2013
06:43 MYT
Suspek pembunuhan berganda di Kovan, Singapura ditahan PDRM
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan berganda di Kovan, Singapura pada Rabu telah ditahan di Johor Bahru, Johor, malam tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, lelaki itu ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah restoran di Danga Bay, kira-kira 11.30 malam.
Suspek tersebut, Iskandar Rahmat, 34, merupakan seorang pegawai kanan polis dari Balai Polis Bedok tetapi telah digantung pada masa pembunuhan Tan Boon Sin dan anaknya, Tan Chee Heong.
Polis berkata, suspek telah melarikan diri ke Malaysia melalui darat di atas motosikal selepas melakukan pembunuhan tersebut.
PDRM telah pun menyerahkan suspek kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) pagi tadi.
Menurut Hadi, maklumat yang disediakan oleh SPF telah menyumbang kepada penangkapan lelaki itu oleh PDRM.
Beliau juga berkata PDRM sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana pasukan polis negara jiran kerana mereka tidak mahu mana-mana penjenayah antarabangsa bersembunyi di Malaysia.
Sementara itu, SPF mengucapkan terima kasih kepada PDRM atas bantuan mereka mengendalikan kes itu.
Mereka menyifatkan penangkapan itu sebagai hasil kerjasama erat antara pasukan polis di kedua-dua buah negara.
Pada hari Rabu, badan Tan Boon Sin, 67, yang memiliki sebuah perniagaan kereta, ditemui di sekitar Hillside Drive, manakala anaknya, Chee Heong, 42, ditemui di luar MRT Kovan.
SPF telah menerima panggilan pada 4.16 petang hari Rabu selepas badan Chee Heong telah ditemui di hadapan stesen tersebut.
Kematian Chee Heong pada mulanya dipercayai kerana kemalangan.
Walau bagaimanapun, tidak lama lagi siasatan mendedahkan bahawa dia telah diikat di bawah kereta dan diseret kira-kira satu kilometer sebelum mayatnya mendapat kusut dari kenderaan.
Menurut laporan TODAYonline, suspek telah pun tiba di Singapura untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#hadi ho adullah
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan