awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SV sedia bantu rakyat Sarawak terkandas di Semenanjung, Sabah untuk pulang

Bernama
Bernama
06/12/2020
20:28 MYT
SV sedia bantu rakyat Sarawak terkandas di Semenanjung, Sabah untuk pulang
Sebelum ini bantuan SV tertumpu kepada para pelajar Sarawak di Semenanjung Malaysia yang mengalami kesulitan untuk kembali.
KUCHING:Platform kesukarelawan belia Sarawak, Sarawak Volunteers (SV) akan membantu pekerja rakyat Sarawak yang hilang pekerjaan atau tiada tempat kediaman semasa pandemik COVID-19 sehingga terkandas di Semenanjung Malaysia dan Sabah untuk kembali pulang ke negeri ini.
Penasihat SV, Fazzrudin Abdul Rahman pada Ahad berkata biarpun sebelum ini bantuan SV tertumpu kepada para pelajar Sarawak di Semenanjung Malaysia yang mengalami kesulitan untuk kembali, pekerja dari negeri ini yang mengalami kesukaran di Semenanjung juga diberi perhatian.
"Fokus kami adalah kepada pelajar (dari Sarawak), tetapi kerana keadaan yang amat terdesak kami pun rangkumkan mereka (pekerja rakyat Sarawak) sekali dalam program ini," katanya selepas majlis perasmian Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2020 di sini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata program bantuan SV ini dibuat menerusi kerjasama Rumah Sarawak di Kuala Lumpur, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan beberapa kementerian di peringkat Persekutuan.
"Setakat ini SV sudah terbabit dalam membantu lebih kurang 10,000 pelajar Sarawak di Semenanjung dan Sabah untuk pulang ke Sarawak sejak COVID-19 melanda negara sama ada dari segi pengangkutan dan penginapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pandemik
#COVID-19
#Kuala Lumpur
#pelajar
#Belia
#rakyat
#Sarawak Volunteers
#rakyat Sarawak
#sukarelawan
#hilang pekerjaan
#terkandas
#Semenanjung
#bantuan
#bencana
#Fazzrudin Abdul Rahman
#Pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan