awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan Korea Selatan larang penggunaan bank kuasa dalam penerbangan

Bernama
Bernama
20/02/2026
11:17 MYT
Syarikat penerbangan Korea Selatan larang penggunaan bank kuasa dalam penerbangan
Pada Khamis, T'way Air Co. mengumumkan bahawa ia akan melarang penumpang daripada mengecas telefon pintar dan peranti elektronik lain menggunakan bank kuasa mudah alih semasa penerbangan bermula Isnin. - Gambar T'way Air Co.
Semua syarikat penerbangan penumpang Korea Selatan melarang sepenuhnya penggunaan bank kuasa dalam penerbangan susulan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat berikutan beberapa insiden kebakaran berkaitan bateri, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pada Khamis, T'way Air Co. mengumumkan bahawa ia akan melarang penumpang daripada mengecas telefon pintar dan peranti elektronik lain menggunakan bank kuasa mudah alih semasa penerbangan bermula Isnin.
Dengan keputusan itu, T'way Air menjadi syarikat terakhir daripada 11 syarikat penerbangan penumpang di negara itu yang melaksanakan langkah berkenaan, menurut sumber.
Syarikat penerbangan tambang rendah Eastar Jet Co. merupakan yang pertama di Korea Selatan melarang penggunaan bank kuasa dalam penerbangan pada Oktober. Jeju Air Co., syarikat penerbangan tambang rendah terbesar negara itu, melaksanakan dasar berkenaan pada akhir Januari.
Syarikat penerbangan nasional Korean Air Co. dan empat sekutunya -- Asiana Airlines Inc., Jin Air Co., Air Busan Co. dan Air Seoul Inc. -- turut memperkenalkan larangan itu pada akhir Januari.
Syarikat penerbangan memaklumkan penumpang masih dibenarkan membawa bank kuasa ke dalam kabin, namun terminalnya mesti ditutup dengan pita penebat atau peranti itu diletakkan dalam bekas berasingan serta sentiasa berada dalam jangkauan dan tidak disimpan di ruang simpanan atas.
Kebimbangan terhadap penggunaan pek bateri mudah alih dalam pesawat meningkat selepas kebakaran besar membabitkan sebuah pesawat Air Busan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan, kira-kira 330 kilometer di tenggara Seoul, pada Januari 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat penerbangan
#Peranti Elektronik
#bank kuasa
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan