awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat telekomunikasi perlu proaktif selesai isu gangguan talian di Pahang - Exco

Bernama
Bernama
09/11/2025
21:30 MYT
Syarikat telekomunikasi perlu proaktif selesai isu gangguan talian di Pahang - Exco
Fadzli berkata saban hari semakin banyak aduan diterima dan syarikat telekomunikasi mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikannya. - Foto fail/BERNAMA
KUANTAN: Syarikat telekomunikasi digesa supaya lebih serius dan proaktif menyelesaikan segera isu gangguan talian komunikasi yang berlaku bukan sahaja di Raub tetapi juga di seluruh Pahang.

Ringkasan AI
  • Gangguan talian komunikasi di Raub, Pahang menjejaskan penduduk, peniaga, dan pelancong di kawasan tersebut.
  • Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, menekankan keperluan syarikat telekomunikasi bertindak pantas menyelesaikan masalah ini.
  • Walaupun syarikat telekomunikasi berjanji untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, penyelesaian terhadap gangguan talian masih dianggap lambat oleh penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata sudah tiga hari gangguan teruk capaian telekomunikasi berlaku di Kampung Pamah Kulat, Kampung Pamah Rawas dan Kampung Peruas di Raub.
"Keadaan ini menyusahkan urusan banyak pihak khususnya penduduk kampung, peniaga dan pelancong yang bercuti di sekitar Ulu Dong," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad.
Beliau berkata saban hari semakin banyak aduan diterima dan syarikat telekomunikasi mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikannya.
"Sedangkan dalam sesi libat urus bersama syarikat telekomunikasi yang terlibat pada September baru-baru ini, mereka telah menyatakan komitmen untuk menambah baik mutu perkhidmatan masing-masing," katanya.
Menerusi hantaran sama, Fadzli turut berkongsi gambar beliau turun padang meninjau menara telekomunikasi di Kampung Pamah Kulat, Kampung Pamah Rawas dan Kampung Peruas petang Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#menara telekomunikasi
#sesi libat urus
#turun padang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan