awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahun Baharu Cina: PM Anwar hadir Rumah Terbuka MCA

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/02/2024
03:30 MYT
Tahun Baharu Cina: PM Anwar hadir Rumah Terbuka MCA
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong selaku tuan rumah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.
Ini kali kedua Perdana Menteri hadir majlis berkenaan sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada November 2022.
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong selaku tuan rumah; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa menteri Kabinet.
Turut hadir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada majlis itu, Anwar dan para tetamu yang hadir turut menggaul yee sang sebagai simbol kepada kemewahan dan kemakmuran bagi masyarakat Cina.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 40 minit di majlis berkenaan.
“Terima kasih kepada Ka Siong dan kepimpinan MCA, dan saya doakan semuanya baik,” katanya ringkas kepada pemberita, di sini.
Masyarakat Cina seluruh negara hari ini meraikan Tahun Baharu Cina, dengan 2024 sebagai Tahun Naga.
Menurut kalendar zodiak Cina, Tahun Naga dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan.
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#Anwar Ibrahim
#rumah terbuka
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan