awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak logik UMNO nak masuk Pas - Tajuddin

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
03/06/2018
12:29 MYT
Tak logik UMNO nak masuk Pas - Tajuddin
Pas dan UMNO mempunyai banyak persamaan dari segi perjuangan sebenar parti tetapi itu tidak bermakna UMNO perlu menyertai Pas.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan pelawaan Pas untuk menyertai parti itu sebagai perkara yang tidak logik.
Sebaliknya, Pas dan UMNO boleh membentuk kerjasama untuk kepentingan Melayu dan Islam seperti yang dilakukan kedua-dua parti itu sebelum ini.
“Kita hormat (pelawaan) dia. Namun tak logiklah, 3.7 juta (ahli UMNO) nak masuk Pas? Kita pun tak jemput Pas untuk masuk UMNO. Tak logiklah. Ini adalah satu yang tidak praktikal dan berdaya maju," katanya dalam satu sidang media di PWTC di sini hari ini.
Ujarnya, Pas dan UMNO mempunyai banyak persamaan dari segi perjuangan sebenar parti tetapi itu tidak bermakna UMNO perlu menyertai Pas.
Beliau juga mengakui UMNO perlu mencontohi atau meniru cara serta pendekatan Pas.
“Cuma cara Pas lain. Mereka boleh berkhemah tepi jalan, UMNO dalam dewan macam itu. Mungkin UMNO juga boleh tiru cara Pas. Jadi kita ada persamaan. Dengan Pas kita boleh cari semak dan imbang kepentingan Melayu dan Islam, itulah kerjasama. Dulu kita sudah buat masa kita jadi kerajaan,” ujarnya.
Pas sebelum ini mempelawa ahli UMNO agar menyertai parti itu untuk membentuk gabungan yang kuat selepas parti berteraskan bangsa Melayu itu tewas besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu sentiasa membuka pintu kepada ahli UMNO untuk berbuat demikian kerana pada masa sama tidak mungkin parti itu akan membentuk kerjasama dengan UMNO.
Topic Berkaitan
#kerjasama
#PAS
#PRU14
#PWTC
#sertai
#Tajuddin Abdul Rahman
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan