awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Talian hayat Syria: KHOM Malaysia rayu sumbangan untuk misi bantuan bulan Ramadan

Seth Akmal
Seth Akmal
12/02/2026
15:13 MYT
Talian hayat Syria: KHOM Malaysia rayu sumbangan untuk misi bantuan bulan Ramadan
KHOM Malaysia turut membekalkan barangan asas pembelajaran berserta kelengkapan persekolahan untuk kanak-kanak yang hampir 14 tahun kehilangan hak untuk mendapatkan pendidikan. - Foto KHOM Malaysia.
Pertubuhan badan bukan kerajaan, Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) Malaysia, menyeru orang ramai agar menghulurkan sumbangan.
Pengarah misi merangkap pengerusinya, Nik Marina Datuk Hussin berkata sumbangan tersebut bagi menjayakan misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan yang dijadual berlangsung minggu depan pada bulan Ramadan.
Menurutnya, walaupun perang yang melanda selama 11 tahun di Syria telah berakhir pada Disember 2024 namun keadaan para mangsa yang tinggal di kem-kem perlarian masih melarat.
“Apa yang kami sedang lakukan adalah sebuah usaha untuk menghidupkan lagi harapan bagi mereka (mangsa perlarian),” katanya ketika wawancara di segmen Pantau Agenda Reformasi bersama Astro AWANI pada Khamis.
Marina berkata antara bantuan yang akan diserahkan berupa barangan asas, pek makanan untuk berbuka puasa, pakaian musim sejuk dan susu bayi.
“Mereka hidup dalam keadaan hanya makan sisa-sisa roti, mengharapkan bantuan daripada orang lain,” katanya.
Selain barangan asas, para sukarelawan KHOM Malaysia turut menyediakan tangki air di beberapa kem perlarian untuk memudahkan penghuninya.
“Kami sering melihat golongan ibu bapa dan para wanita menimba baldi sejauh lima batu (8.05 kilometer) pergi dan balik hanya untuk mendapatkan setimba air,” katanya.
Tambahnya KHOM Malaysia turut membekalkan barangan asas pembelajaran berserta kelengkapan persekolahan untuk kanak-kanak yang hampir 14 tahun kehilangan hak untuk mendapatkan pendidikan.
Menurutnya tinjauan sukarelawan pada misi terdahulu menyaksikan hampir 70 peratus sekolah telah musnah akibat keganasan perang.
Selain Syria, sejak 2017 KHOM Malaysia telah melaksanakan misi bantuan kemanusiaan antarabangsa di Jordan, Lubnan dan Palestin.
Topic Berkaitan
#KHOM Malaysia
#Syria
#Bantuan kemanusian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan