awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambahan 8 minit waktu Subuh di seluruh Selangor mulai esok

Bernama
Bernama
28/11/2019
09:22 MYT
Tambahan 8 minit waktu Subuh di seluruh Selangor mulai esok
perubahan waktu solat subuh itu juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MZI) kali ke-116. - Gambar fail
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan di negeri ini mulai esok dengan tambahan lapan minit daripada waktu asal semasa.
JAIS dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, perubahan waktu solat subuh itu dibuat hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) berdasarkan kepada kecerahan langit pada tempoh masa berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, perubahan waktu solat subuh itu juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MZI) kali ke-116.
“Perubahan waktu solat subuh itu telah diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini untuk dikuatkuasakan di negeri ini,” kata kenyataan itu.
Mengikut laman web JAIS, waktu solat subuh hari ini bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang dan Shah Alam adalah pada 5.43 pagi; Kuala Selangor dan Sabak Bernam (5.46 pagi); manakala Klang dan Kuala Langat (5.43 pagi).
Topic Berkaitan
#Hulu Selangor
#Jabatan Agama Islam Selangor
#JAIS
#JAKIM
#Klang
#Kuala Langat
#Kuala Selangor
#Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan
#Sabak Bernam
#Sepang
#shah alam
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan