awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus Masjid India: Peniaga dakwa berlaku mendapan jalan bulan lalu

Faida Rahim
Faida Rahim
24/08/2024
07:32 MYT
Tanah jerlus Masjid India: Peniaga dakwa berlaku mendapan jalan bulan lalu
Kawasan jalan yang didakwa mendap dan sudah diperbaiki bulan lalu.
KUALA LUMPUR: Sehari selepas insiden tanah jerlus di Masjid India, seorang peniaga di kawasan itu mendedahkan bahawa mendapan jalan raya dikesan berhampiran lokasi kejadian pada bulan lalu.
Peniaga buah-buahan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Adnan mendakwa, mendapan tersebut telah diperbaiki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun keadaan jalan yang terlibat kelihatan seperti ‘berombak’.
“Bulan lalu, pihak DBKL menutup jalan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian (tanah jerlus) sebab jalan mendap.
“Sekejap sahaja ditutup, dan kemudian jalan itu buka balik. Bila mendapan dah diperbaiki, terus lori boleh lalu.
"Bila jadi macam ini (melibatkan ada mangsa) saya harap ada tindakan serius daripada pihak berkuasa supaya kejadian sebegini tidak berulang,” katanya.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi semalam, seorang pelancong warga India, Vijayalechumy, 48, terjatuh ke dalam tanah jerlus berkedalaman lapan meter di Jalan Masjid India.
Mangsa, difahamkan datang melancong ke Malaysia dan dijangka pulang ke negara asalnya pada hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) masih diteruskan sehingga kini manakala anggota penyelamat belum menemui sebarang petunjuk baharu.
Topic Berkaitan
#tanah jerlus
#Masjid India
#mendapan jalan
#DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan