awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Bukit Permai: KPKT salur peruntukan RM1 juta untuk kerja pembersihan

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
11/03/2022
09:08 MYT
Tanah runtuh Bukit Permai: KPKT salur peruntukan RM1 juta untuk kerja pembersihan
Kerajaan negeri Selangor turut didesak melakukan kajian terperinci terhadap semua cerun di negeri berkenaan. - Gambar/ Bernama
AMPANG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini.
Perkara tersebut diumumkan oleh menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas hadir melakukan tinjauan di tapak kejadian tersebut, hari ini.
"KPKT meluluskan RM1 juta untuk kos-kos pembersihan di kawasan tanah runtuh yang berlaku. Ini akan disalurkan menerusi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi membolehkan analisis risiko keseluruhan cerun boleh dilakukan.
"Peruntukan tersebut telah diluluskan dengan kadar segera," jelasnya kepada media.
Tanah Runtuh Ampang | Penduduk di 48 buah rumah diarah berpindah sementara
Sementara itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor mendesak agar kerajaan negeri Selangor melakukan kajian terperinci terhadap semua cerun di negeri ini.
"Saya ingat sudah sampai masa di Selangor ini terutamanya di kawasan Ampang ini, boleh dikatakan sudah banyak kali berlaku. Saya sendiri beberapa kali datang melihat kejadian tanah runtuh.
"Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan perlu membuat kajian mengenai kedudukan bukit-bukit dan juga tanah di kawasan Ampang," katanya selepas meninjau ke kawasan terbabit.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh Bukit Permai
#KPKT
#peruntukan
#kerja pembersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan