awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh reman pengarah agensi kerajaan dilanjutkan seminggu lagi

Bernama
Bernama
15/02/2017
06:08 MYT
Tempoh reman pengarah agensi kerajaan dilanjutkan seminggu lagi
Majistret Syajaratudur Abd. Rahman mengeluarkan perintah reman itu kira-kira pukul 11 pagi tadi. - Gambar hiasan
Tempoh tahanan reman ke atas seorang pengarah agensi kerajaan yang disiasat berhubung dakwaan penyalahgunaan jawatan dan kedudukan melibatkan kontrak agensi itu, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula hari ini.
Majistret Syajaratudur Abd. Rahman mengeluarkan perintah reman itu kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Selain itu, Syajaratudur turut melanjutkan tempoh reman tujuh hari lagi ke atas seorang kontraktor berumur 41 tahun yang turut ditahan kerana dipercayai menerima kontrak daripada pengarah terbabit.
Terdahulu, pengarah berumur 54 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret di sini, kira-kira pukul 10.20 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Media sebelum ini melaporkan pengarah terbabit ditahan di sebuah hotel di Bagan Lalang, Sepang, pada 8 Feb lepas, kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya bagi menganugerahkan projek membekalkan peralatan untuk agensinya kepada beberapa kontraktor berkepentingan.
Siasatan ke atas pengarah itu dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#kontrak
#pengarah agensi kerajaan
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan