[TERKINI] Aktiviti ‘yeye’ keji, wanita tidak harus dijadikan objek seks di mes ATM - Menteri Pertahanan
![[TERKINI] Aktiviti ‘yeye’ keji, wanita tidak harus dijadikan objek seks di mes ATM - Menteri Pertahanan [TERKINI] Aktiviti ‘yeye’ keji, wanita tidak harus dijadikan objek seks di mes ATM - Menteri Pertahanan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-12/61765601075_MohamedKhaledNord.jpg)
Tegas Mohamad Khaled, mana-mana individu yang terlibat dalam kemungkaran moral sehingga mencemarkan imej dan maruah ATM akan dikenakan tindakan tegas, termasuk dihukum dan disingkirkan daripada perkhidmatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menegaskan, wanita tidak seharusnya dijadikan sebagai objek seks dan hiburan di mes Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ringkasan AI
- Kementerian Pertahanan menegaskan wanita tidak sepatutnya dijadikan objek seks dan hiburan di kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dengan mengharamkan aktiviti tidak bermoral di semua kem ATM.
- Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin menegaskan individu yang terlibat dalam kemungkaran moral di ATM akan dikenakan tindakan tegas, termasuk hukuman dan pemecatan.
- Kementerian akan menguatkuasakan peraturan dan disiplin yang lebih tegas untuk memastikan tiada kelonggaran terhadap perbuatan salah laku dalam kalangan anggota ATM.
"Aktiviti-aktiviti haram dan tidak bermoral sebegini tidak sepatutnya berlaku lagi di mana-mana kem kita.
“Tiada sesiapa harus menerima segala bentuk perlecehan hak asasi. Tiada wanita harus dijadikan objek seks dan hiburan di mess dan Wisma Perwira kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pertahanan, di sini, pada Isnin.
Tegas Mohamad Khaled, mana-mana individu yang terlibat dalam kemungkaran moral sehingga mencemarkan imej dan maruah ATM akan dikenakan tindakan tegas, termasuk dihukum dan disingkirkan daripada perkhidmatan.
Sehubungan itu, kata beliau, Kementerian Pertahanan akan menguatkuasakan peraturan dan disiplin dengan lebih tegas bagi memastikan tiada kelonggaran terhadap salah laku dalam kalangan anggota ATM.
Beliau menegaskan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral sehingga merosakkan imej dan maruah ATM akan dikenakan hukuman tegas, termasuk disingkirkan daripada perkhidmatan.
"Sebelum ini, kita tidak pernah teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas dan menjatuhkan hukuman berat kepada setiap pelaku kesalahan sebegini," katanya.
Tambahnya, kenyataannya itu juga bukan amaran kosong dan terpakai kepada mereka yang cuba merosakkan imej Kementerian Pertahanan dan ATM.
"Amaran saya juga kepada mereka yang menghabiskan masa bermain golf di luar waktu yang dibenarkan, atau bersembang kosong di kedai kopi semasa waktu bekerja, disiplin ketenteraan akan kita tegaskan dan kuat kuasakan.
"Masa bekerja adalah masa untuk kerja-kerja yang bermanfaat dan membangun, bukan sebaliknya. Justeru, kembalilah kepada waktu kerja yang sebenar dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh.
"Kembalilah kepada perlakuan sebagai pahlawan yang budiman kerana masa bekerja juga bukan untuk kita bersosial di media sosial.
"Segala pandangan kita di media sosial mesti memaparkan etika kita sebagai anggota pertahanan negara," katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditegaskan oleh Kementerian Pertahanan berkaitan dengan wanita dalam Angkatan Tentera Malaysia? A: Wanita tidak seharusnya dijadikan sebagai objek seks dan hiburan di mes Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil terhadap individu yang terlibat dalam kemungkaran moral dalam ATM? A: Mereka akan dikenakan tindakan tegas, termasuk dihukum dan disingkirkan daripada perkhidmatan.
- Q: Apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkenaan perlakuan tidak bermoral di kalangan anggota ATM? A: Beliau menegaskan bahawa mana-mana individu yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral sehingga merosakkan imej dan maruah ATM akan dikenakan hukuman tegas, termasuk disingkirkan daripada perkhidmatan.
- Q: Apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian Pertahanan bagi memastikan tiada kelonggaran terhadap salah laku dalam kalangan anggota ATM? A: Kementerian Pertahanan akan menguatkuasakan peraturan dan disiplin dengan lebih tegas.
- Q: Apakah amaran yang diberikan berkaitan dengan masa bekerja anggota ATM? A: Masa bekerja adalah untuk kerja yang bermanfaat dan membangun, dan disiplin ketenteraan akan ditegakkan serta kuat kuasakan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

