awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] "Bebaskan mereka segera! Kita akan lakukan apa sahaja terbaik untuk aktivis Malaysia" - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2025
01:16 MYT
[TERKINI] "Bebaskan mereka segera! Kita akan lakukan apa sahaja terbaik untuk aktivis Malaysia" - PM Anwar
Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan dan kita tidak akan bungkam tatkala hak serta maruah mereka dicabuli, tegas Perdana Menteri Anwar.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia tidak akan berdiam diri susulan tindakan rejim Zionis Israel yang memintas konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) serta menahan aktivis dan sukarelawan kemanusiaan, termasuk warganegara Malaysia.
Menurut Anwar, kerajaan mendesak semua aktivis dan sukarelawan antarabangsa yang terbabit dibebaskan segera kerana flotila berkenaan membawa misi bantuan untuk rakyat Gaza yang amat memerlukan.
“Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan penting untuk rakyat Gaza. Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan,” kata beliau dalam hantaran terbaharu di akaun media sosial pada Khamis.
Menurutnya, tindakan Israel menyekat misi itu bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah menginjak nurani masyarakat dunia.
“Flotila tersebut bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang dipaksa hidup melarat di bawah sekatan zalim,” ujarnya.
Anwar menegaskan, Malaysia akan mengambil segala langkah sah berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila keselamatan warganegara sendiri menjadi taruhan.
“Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan dan kita tidak akan bungkam tatkala hak serta maruah mereka dicabuli,” tegasnya.
Malaysia, katanya, akan terus berdiri teguh memperjuangkan hak rakyat Palestin dan tidak akan berundur daripada mendesak agar kezaliman rejim Zionis dihentikan.
Topic Berkaitan
#konvoi GSF
#Global Sumud Flotilla
#aktivis Malaysia
#bebaskan mereka
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan