awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand perketat kawal selia harga minyak, paras stok untuk elak kekurangan bekalan

Bernama
Bernama
20/03/2026
10:09 MYT
Thailand perketat kawal selia harga minyak, paras stok untuk elak kekurangan bekalan
Thailand akan memperketat pemantauan terhadap harga bahan api dan paras stok ketika pihak berkuasa berusaha mengelakkan kekurangan susulan lonjakan permintaan didorong kebimbangan orang ramai. - Gambar fail/hiasan

Thailand akan memperketat pemantauan terhadap harga bahan api dan paras stok ketika pihak berkuasa berusaha mengelakkan kekurangan susulan lonjakan permintaan didorong kebimbangan orang ramai.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perniagaan Tenaga Wutthitat Tantives berkata satu draf peraturan sedang disediakan yang akan mewajibkan peniaga minyak melaporkan harga harian serta tahap stok di depot.

“Peraturan ini bertujuan memastikan ketelusan dan membina keyakinan awam bahawa tidak akan berlaku kekurangan bahan api dalam sistem,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Pusat Pemantauan dan Pengurusan Situasi Konflik Asia Barat (CMCMME) pada Jumaat.

Pada Khamis, Perdana Menteri Anutin Charnvirakul berkata kebimbangan orang ramai telah mendorong peningkatan penggunaan bahan api, dengan pihak berkuasa berusaha mengurus situasi, meredakan kebimbangan dan memulihkan pengagihan bahan api ke tahap normal secepat mungkin.

Wutthitat berkata Kementerian Tenaga telah menyelaras dengan Polis Diraja Thailand bagi membolehkan lori tangki minyak beroperasi di seluruh negara sepanjang masa untuk mempercepat pengagihan bahan api.

Beliau menambah kerjasama turut diperoleh daripada Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) dan Kementerian Pengangkutan bagi memudahkan logistik.

Sementara itu, Wutthitat berkata rizab minyak domestik bersama import yang masuk adalah mencukupi sehingga 104 hari.

Beliau menambah penggunaan bahan api mula menurun ke paras normal, sama seperti tempoh sebelum ketegangan.

Awal bulan ini, kerajaan memperkenalkan langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga termasuk pelaksanaan bekerja dari rumah bagi kakitangan sektor awam, mengehadkan perjalanan rasmi serta menetapkan suhu penyaman udara pada 26 hingga 27 darjah Celsius.

Pihak berkuasa turut menggantung sementara eksport bahan api dan meningkatkan usaha mendapatkan bekalan minyak tambahan dari luar rantau Teluk bagi memastikan ketersediaan domestik.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Thailand
#kawal selia
#harga minyak
#paras stok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan