awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kawasan rekod gelombang haba tahap 2 setakat pagi ini

Bernama
Bernama
30/03/2026
01:15 MYT
Tiada kawasan rekod gelombang haba tahap 2 setakat pagi ini
Status berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius, manakala Tahap 2 (gelombang haba) merujuk kepada suhu melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius. - Gambar hiasan
Tiada kawasan di negara ini merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Berdasarkan data dikemas kini jabatan itu, seluruh Perlis dan sembilan daerah di Kedah merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau status berjaga-jaga.
Daerah yang terlibat di Kedah ialah Sik, Padang Terap, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kota Setar, Kuala Muda dan Baling.
Semalam, beberapa kawasan di Kedah mula menerima hujan antaranya daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Kuala Muda sekali gus membawa kelegaan kepada penduduk setempat.
Keadaan itu selari dengan fasa peralihan monsun yang lazimnya membawa hujan atau ribut petir pada waktu berkenaan.
Status berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius, manakala Tahap 2 (gelombang haba) merujuk kepada suhu melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius.
Kedua-dua tahap tersebut direkodkan sekiranya suhu berkenaan berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#cuaca panas
#Perlis
#Kedah
#berjaga-jaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan