awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi bagi peniaga naikkan harga barang

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
05/05/2022
03:20 MYT
Tiada kompromi bagi peniaga naikkan harga barang
Rosol ditemui ketika mengadakan rumah terbuka yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di kediamannya di Hulu Terengganu. - Astro AWANI
HULU TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan berkompromi dengan peniaga yang menaikkan harga barangan ketika pengguna berpusu-pusu membeli barangan persiapan raya sebaik sahaja pengumuman dibuat Ahad lalu.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata peniaga sepatutnya bertimbang rasa kerana dalam keadaan terdesak orang ramai tetap membeli walaupun pada harga yang mahal kerana terpaksa dan tiada pilihan.
Dalam masa yang sama, beliau turut memuji tindakan sesetengah peniaga yang sanggup melewatkan masa perniagaan sehingga awal pagi bagi memberi kesempatan kepada orang ramai membeli barangan keperluan hari raya.
"Setakat yang saya pantau secara peribadi di Kuala Berang,ayam ada peningkatan sedikit harga walaupun kita tetapkan pada RM8.90 tapi ada pengguna beli pada harga RM11 sekilo, satu benda yang tidak sepatutnya.
"Dari segi laporan rasmi, saya kena periksa sebab kita masih bercuti jadi data rasmi berapa kes yang dilakukan berkaitan perlanggaran Skim Harga Maksima Musim Perayaan ini," katanya.
Tambahnya lagi, tindakan boleh diambil ke atas peniaga yang tidak bertanggungjawab itu di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Beliau ditemui ketika mengadakan rumah terbuka yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di kediamannya di Hulu Terengganu hari ini.
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#barang naik
#Rosol Wahid
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan