awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi ulat foto serang individu di KLCC didakwa esok

Bernama
Bernama
30/03/2026
12:02 MYT
Tiga lagi ulat foto serang individu di KLCC didakwa esok
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka akan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia. - G
Tiga daripada lima jurugambar tidak berlesen atau "ulat foto" yang disyaki terlibat dalam kes menyerang dua individu di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada 22 Mac lepas akan dihadapkan ke mahkamah esok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka akan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia.
Beliau berkata dua lagi suspek kes serangan itu sudah dihadapkan ke mahkamah hari ini dan didakwa mengikut Seksyen 149 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Pada 10.20 malam 22 Mac lepas, kelima-lima individu ditahan di pekarangan KLCC di Jalan Ampang bagi membantu siasatan kes sekumpulan ulat foto menyerang dua individu di kawasan Persiaran KLCC.
Kekecohan dipercayai bermula apabila mangsa melihat dan menghampiri sekumpulan lelaki yang menjalankan aktiviti mengambil gambar pengunjung di lokasi terbabit sedang memukul seorang pelancong lelaki warga India.
Bagaimanapun, mangsa yang bertindak menghampiri kumpulan berkenaan untuk menegur dan meleraikan pergaduhan itu telah diserang secara tiba-tiba dari arah belakang oleh seorang individu menggunakan sebilah kerambit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#ulat foto
#tuduh
#mahkamah
#KLCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan