awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan di Kunak

Bernama
Bernama
06/04/2024
13:30 MYT
Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan di Kunak
Dua lelaki dan seorang wanita warga emas maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kunak-Tawau berhampiran Ladang Giram di Kunak petang tadi. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Dua lelaki dan seorang wanita warga emas maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kunak-Tawau berhampiran Ladang Giram di Kunak petang tadi.
Mangsa Noorhashim Ambutong, 41, Tima Amihusin, 74, dan Alkawi Ali, 30, yang menaiki kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata enam pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kunak digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.20 petang.
"Tiga mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan dua yang menunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan serta diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan Pegawai Perubatan KKM di tempat kejadian.
"Kesemua yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menambah operasi tamat pada 4.50 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kunak
#Ladang Giram
#Jalan Kunak-Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan