awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1

Sinar Harian
Sinar Harian
04/05/2024
00:15 MYT
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terbabas sebelum terjatuh ke bawah cerun di di Kilometer 212 LPT1 di sini pada tengah malam Jumaat. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Tiga termasuk dua wanita nyaris maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terjatuh ke dalam cerun sedalam tiga meter di Kilometer 212 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini pada tengah malam Jumaat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 11.42 malam.
Menurutnya, sembilan anggota termasuk dua pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi untuk operasi menyelamat.
"Ketika tiba di lokasi pasukan bomba terlibat mendapati sebuah kereta jenis Proton Persona terbabas dan jatuh cerun sedalam tiga meter.
"Seorang lelaki dilaporkan parah manakala dua wanita cedera dalam kemalangan itu," katanya.
Zulfadli berkata, semua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#LPT1
#terbabas
#cerun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan