awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok Shop catat pertumbuhan jualan lebih 130 peratus sepanjang Ramadan, Aidilfitri

Astro AWANI
Astro AWANI
09/04/2026
02:23 MYT
TikTok Shop catat pertumbuhan jualan lebih 130 peratus sepanjang Ramadan, Aidilfitri
TikTok Shop yang memasarkan produk buatan Malaysia oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta jenama tempatan melalui TikTok Shop Mall mencatatkan pertumbuhan jualan lebih 130 peratus tahun ke tahun sepanjang Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.
TikTok Shop yang memasarkan produk buatan Malaysia oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta jenama tempatan melalui TikTok Shop Mall mencatatkan pertumbuhan jualan lebih 130 peratus tahun ke tahun sepanjang Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.
Menurut platform e-dagang itu dalam kenyataan hari ini, momentum pertumbuhan yang kukuh dan inklusif didorong oleh sokongan bernilai RM20 juta menerusi pakej rangsangan #JomLokal Booster dan pelaburan berterusan bagi menjamin pengalaman membeli-belah yang selamat.
Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, peningkatan jualan bagi jenama premium di platform berkenaan mencerminkan keyakinan dan kepercayaan pengguna yang meningkat.
“Keselamatan adalah keutamaan kami dan TikTok Shop telah melabur hampir US$1 bilion di peringkat global dalam alat, teknologi dan tenaga kerja bagi melindungi komuniti pembeli, penjual serta pencipta afiliasi kami,” katanya.
Sejak dilancarkan pada September 2025, pakej rangsangan #JomLokal Booster telah membiayai pengecualian yuran komisen bagi lebih 5,000 PMKS yang merangkumi penganjuran 14 bengkel meningkatkan kemahiran penjual baharu, selain menyokong pemadanan perniagaan yang melahirkan lebih 1,000 pencipta afiliasi.
Sementara itu, menurut TikTok Shop, platform itu telah menolak lebih 70 juta percubaan penyenaraian produk di seluruh dunia antara Januari dan Jun 2025, yang mewakili kadar penyingkiran proaktif melebihi 99.5 peratus bagi produk yang melanggar dasar menyeluruh TikTok Shop yang komprehensif.
Platform itu turut menolak 1.4 juta permohonan pendaftaran akaun penjual di peringkat global yang tidak memenuhi piawaian ketatnya.
Pada April 2025, TikTok Shop memperkukuh usaha keselamatan dengan melancarkan inisiatif pencegahan penipuan #ShopSafe bagi mendidik rakyat Malaysia tentang amalan membeli-belah dalam talian.
Usahawan, PMKS dan jenama tempatan yang berminat boleh mendaftar di pusat penjual TikTok Shop serta meneroka tutorial langkah demi langkah melalui Akademi TikTok Shop.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok Shop
#TikTok Shop Mall
#JomLokal Booster
#PMKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan