awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinggal anak usia 1, 6 tahun sendirian di rumah, tukang urut wanita dipenjara

Bernama
Bernama
27/11/2024
10:37 MYT
Tinggal anak usia 1, 6 tahun sendirian di rumah, tukang urut wanita dipenjara
Hakim Norshila Kamaruddin memerintahkan tukang urut berusia 41 tahun itu menjalani hukuman tersebut dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 Okt lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini selepas mengaku mengabaikan dua anak lelakinya termasuk seorang bayi berusia 14 bulan dengan meninggalkan mereka tanpa pengawasan di rumah mereka, bulan lepas.
Hakim Norshila Kamaruddin memerintahkan tukang urut berusia 41 tahun itu menjalani hukuman tersebut dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 Okt lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Taman Kosas, Ampang di sini pada 7.27 malam 7 Okt lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan bahawa ada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bersama adiknya berumur kira-kira setahun terkurung dalam sebuah rumah dan tertuduh dilaporkan sudah dua hari tidak pulang.
Hasil siasatan mendapati wanita itu telah melakukan pengabaian dengan keluar rumah dan meninggalkan dua anaknya sehingga pihak bomba terpaksa memecahkan pintu untuk menyelamatkan mereka.
Wanita itu telah memberi alasan dia tiada di rumah kerana keluar bekerja di kawasan Pudu sebagai tukang urut.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
"Hukuman berbentuk pengajaran dapat memberi kesedaran kepada orang awam agar tidak mengabaikan kanak-kanak tanpa pengawasan.
"Keselamatan dan kebajikan anak-anak adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa mereka," katanya.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan menanggung keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu abai anak
#hukuman penjara
#tinggal bayi di rumah
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan