awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada gandingan Aaron-Wooi Yik raih naib juara All England

Phar Kim Beng
Phar Kim Beng
09/03/2026
04:31 MYT
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada gandingan Aaron-Wooi Yik raih naib juara All England
Ahmad Zahid berkata aksi sengit dan bertenaga yang dipamerkan gandingan itu sepanjang kejohanan sungguh mengagumkan. -Foto X
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang muncul naib juara Kejohanan Badminton All England 2026.
Ahmad Zahid berkata aksi sengit dan bertenaga yang dipamerkan gandingan itu sepanjang kejohanan sungguh mengagumkan.
"Walaupun kali ini rezeki belum berpihak kepada Malaysia, semangat juang yang ditunjukkan kalian menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
"Keep it up, boys! Teruskan fokus, jangan mengalah, dan bawa semangat juang ini ke perlawanan seterusnya," katanya menerusi hantaran di akaun X beliau hari ini.
𝐀𝐚𝐫𝐨𝐧-𝐖𝐨𝐨𝐢 𝐘𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐥 𝐄𝐧𝐠𝐥𝐚𝐧𝐝 𝟐𝟎𝟐𝟔Tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik atas kejayaan naib juara di kejohanan All England 2026.Aksi sengit dan bertenaga yang dipamerkan sepanjang kejohanan sungguh mengagumkan.… pic.twitter.com/VKowAblgsI
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) March 9, 2026
Dalam pertarungan sengit di Arena Utilita Birmingham, pada Ahad, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pasangan nombor dua dunia tewas 21-18, 12-21, 21-19 kepada juara bertahan dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
Keputusan tersebut menyaksikan Aaron-Wooi Yik sekali lagi terlepas peluang merangkul gelaran sulung kejohanan berprestij itu selepas tewas pada perlawanan akhir edisi 2019 dan 2024.
Kali terakhir wakil Malaysia menjuarai kejohanan bertaraf Super 1000 itu ialah pada edisi 2007 menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mengejutkan pasangan nombor satu dunia ketika itu dari China Cai Yun-Fu Haifeng.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#badminton
#all england
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan