awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IGB Berhad terima kelulusan Kementerian Ekonomi bagi pengambilalihan dua lot tanah bernilai RM215 juta di Johor
Warga emas maut tertimbus tanah runtuh di belakang hotel Sandakan
Thailand arah penjawat awam bekerja dari rumah bagi kurangkan penggunaan tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ugut putuskan hubungan dengan Sepanyol

Bernama
Bernama
04/03/2026
06:03 MYT
Trump ugut putuskan hubungan dengan Sepanyol
Donald Trump pada Selasa mengancam untuk "memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol" kerana keengganan Sepanyol membenarkan tentera AS menggunakan pangkalannya untuk serangan ke atas Iran. - Gambar/ Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengancam untuk "memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol" kerana keengganan Sepanyol membenarkan tentera AS menggunakan pangkalannya untuk serangan ke atas Iran, sambil berkata beliau juga tidak berpuas hati dengan Britain, lapor Xinhua.
“Kami akan memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol. Kami tidak mahu apa-apa kaitan dengan Sepanyol," kata Trump kepada pemberita pada awal perbincangannya dengan Canselor Jerman Friedrich Merz di Pejabat Oval.
"Saya juga tidak berpuas hati dengan UK (United Kingdom)," kata Trump.
Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu Parlimen pada Isnin bahawa Britain tidak menyertai serangan AS-Israel ke atas Iran.
Merz ialah pemimpin asing pertama bertemu Trump secara peribadi sejak pentadbiran AS melancarkan serangan udara berskala besar terhadap Iran pada pagi Sabtu.
Kedua-dua pemimpin berkata operasi Iran akan menjadi topik utama semasa mesyuarat tertutup mereka.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#operation epic fury
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah
#sepanyol
#Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan