awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang kayu dipenjara 15 tahun, 5 sebatan rogol anak kandung 13 tahun

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
11/02/2021
09:03 MYT
Tukang kayu dipenjara 15 tahun, 5 sebatan rogol anak kandung 13 tahun
Tertuduh (dua dari kiri) mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. - Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI:Seorang tukang kayu berusia 44 tahun dihukum penjara 15 tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini, kerana melakukan sumbang mahram dengan merogol anak kandung perempuan berusia 13 tahun Oktober tahun lalu.
Hakim Azman Abu Hassan membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak perempuannya itu di sebuah rumah di kampung di Baling, sekitar jam 5.30 petang, 27 Oktober tahun lalu.
Susulan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Selepas mengambil kira pengakuan bersalah yang dibuat, mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan ke atas tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Galvin Loo Wei Ming manakala tertuduh diwakili peguam Tengku Hezrul Anuar Tengku Abdul Samad.
Topic Berkaitan
#sumbang mahram
#tukang kayu
#rogol
#Anak perempuan
#anak kandung
#13 tahun
#dipenjara
#sebatan
#Baling
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan