awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntutan palsu: 4 individu termasuk pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan ditahan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2022
07:39 MYT
Tuntutan palsu: 4 individu termasuk pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan ditahan SPRM
Tiga daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Terengganu manakala seorang lagi di rumahnya di ibu negara. - Foto SPRM
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang pengurus sebuah syarikat hartanah berkaitan kerajaan kerana disyaki bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di Pantai Timur bernilai lebih RM300 juta.
Tiga lagi individu yang ditahan merupakan pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperunding.
Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 28 hingga 48 tahun. Tiga daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Terengganu manakala seorang lagi di rumahnya di ibu negara pada Khamis (16 Jun 2022) kira-kira pukul 12 tengah hari.
Suspek-suspek tersebut kini telah ditahan reman selama enam hari bermula hari ini (17 Jun 2022) sehingga 22 Jun 2022 setelah Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi ini.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit.
Topic Berkaitan
#SPRM
#tuntutan palsu
#syarikat hartanah
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan