awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ulat foto' berisiko ganggu keselamatan orang awam

Seth Akmal
Seth Akmal
12/04/2026
06:31 MYT
'Ulat foto' berisiko ganggu keselamatan orang awam
DBKL memaklumkan tindakan penguatkuasaan termasuk pelaksanaan Op Lens bukan bertujuan menyekat punca rezeki mana-mana pihak. - Gambar/ DBKL
Kegiatan jurugambar jalanan atau “ulat foto” yang beroperasi tanpa lesen boleh mengundang rasa tidak selesa dan mengganggu orang awam serta berisiko dari aspek keselamatan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan tindakan penguatkuasaan termasuk pelaksanaan Op Lens bukan bertujuan menyekat punca rezeki mana-mana pihak.
Sebaliknya, tindakan itu untuk memastikan Kuala Lumpur kekal teratur, selamat dan bebas daripada situasi yang boleh menjejaskan pengalaman warga kota serta pelancong.
“Walaupun ada yang berhasrat merakam detik indah, realitinya aktiviti tidak terkawal ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa (dan) gangguan kepada orang awam, malah risiko keselamatan yang tidak wajar berlaku di ruang bandar kita.
“Justeru, setiap lokasi, terutamanya kawasan tumpuan pelancong seperti sekitar KLCC dan pusat bandar perlu kekal sebagai ruang yang selamat, selesa dan menyenangkan untuk semua,” menurut DBKL menerusi hantaran Facebook hari ini.
DBKL memaklumkan imej Kuala Lumpur sebagai bandar yang mesra, harmoni dan berdaya huni hanya dapat dicapai apabila semua pihak memainkan peranan, menghormati peraturan, menjaga tingkah laku di ruang awam dan bersama-sama memelihara imej kota yang dibanggakan.
“Kuala Lumpur bukan sekadar ibu kota, tetapi wajah negara yang mencerminkan pengalaman dan kenangan setiap pengunjung yang datang. Kuala Lumpur milik kita semua,” menurut DBKL.
Terdahulu, media melaporkan DBKL melakukan tindakan penguatkuasaan terhadap “ulat foto”, termasuk menyita peralatan dan mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang melakukan aktiviti itu di sekitar KLCC kelmarin.
Pada 6 April, kerajaan memutuskan tidak akan mempertimbangkan pemberian permit atau lesen khas kepada individu yang menawarkan perkhidmatan fotografi tidak rasmi di beberapa kawasan tumpuan pelancong di ibu negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#ulat foto
#KLCC
#gangguan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan