awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam pertimbang kurangkan cukai produk petroleum terpilih kepada sifar

Bernama
Bernama
02/04/2026
15:10 MYT
Vietnam pertimbang kurangkan cukai produk petroleum terpilih kepada sifar
Cukai perlindungan alam sekitar, VAT dan cukai penggunaan khas bagi petrol (tidak termasuk etanol), diesel dan bahan api jet di Vietnam telahpun dikurangkan kepada sifar. - Gambar hiasan
Kementerian Kewangan Vietnam telah mencadangkan pengurangan cukai nilai tambah (VAT) dan cukai perlindungan alam sekitar bagi minyak tanah dan mazut kepada kadar sifar dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat susulan ketegangan di Asia Barat, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan VnExpress pada Khamis.
Cukai perlindungan alam sekitar, VAT dan cukai penggunaan khas bagi petrol (tidak termasuk etanol), diesel dan bahan api jet di Vietnam telahpun dikurangkan kepada sifar di bawah keputusan yang dikeluarkan oleh perdana menteri baru-baru ini.
Pada masa ini, minyak tanah dan mazut masih dikenakan cukai perlindungan alam sekitar sebanyak 1,000 dong Vietnam (AS$0.038) bagi setiap liter atau kilogram, serta VAT sebanyak 10 peratus.
Draf polisi mengenai pemotongan cukai bagi produk petroleum itu dijangka akan dibentangkan kepada Perhimpunan Kebangsaan ke-16 pada sesi pertama yang dijadualkan bermula 6 April ini, menurut laporan itu.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#cukai
#minyak tanah
#VAT
#konflik Asia Barat
#krisis bahan api
#krisis tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan