awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid

Pia Ernadya
Pia Ernadya
01/02/2026
12:07 MYT
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid turut berharap penganjuran acara larian dan maraton antarabangsa pada Ogos depan akan menarik lebih ramai peserta luar negara. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Strategi menarik pelancong ke Malaysia bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) tidak boleh menggunakan pendekatan atau acuan yang sama.
Sebaliknya menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia perlu disesuaikan mengikut kumpulan sasaran masing-masing.
"Ia bergantung kepada kumpulan sasaran. Setiap kumpulan sasaran mempunyai acara yang dapat menarik mereka.
"Ia tidak boleh menggunakan satu bentuk publisiti untuk disesuaikan kepada semua kumpulan. Ia perlu berdasarkan pada petak-petak kumpulan sasaran yang berbeza dan acara itu mesti sesuai dengan kumpulan sasaran berkenaan," kata beliau ketika ditemui media selepas melancarkan Larian Visit Malaysia 2026 di Kuala Lumpur, pada Ahad.
Mengulas mengenai sambutan terhadap acara tersebut, Ahmad Zahid berkata, jumlah penyertaan jauh melebihi jangkaan apabila lebih 5,000 peserta hadir walaupun hanya 3,000 orang berdaftar secara rasmi.
“Ini memperlihatkan sambutan yang sangat luar biasa dan harus digalakkan. Apa yang lebih membanggakan, penyertaan adalah daripada pelbagai kaum,” katanya.
Beliau turut berharap penganjuran acara larian dan maraton antarabangsa pada Ogos depan akan menarik lebih ramai peserta luar negara, sekali gus membantu meningkatkan kemasukan pelancong ke Malaysia.
“Mudah-mudahan dengan publisiti yang baik, jumlah pelancong inbound akan terus meningkat dan seterusnya menjana ekonomi negara,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memuji usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia yang proaktif mengadakan program lawatan suai kenal untuk kumpulan kategori berbeza seperti pemborong, peruncit, syarikat penerbangan serta pengamal media bagi memperkukuh promosi pelancongan secara menyeluruh.
Topic Berkaitan
#MOTAC
#VM2026
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan