awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil perdagangan AS Jamieson Greer akan berkunjung ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan

Bernama
Bernama
24/10/2025
03:30 MYT
Wakil perdagangan AS Jamieson Greer akan berkunjung ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan
Semasa di Malaysia, Greer akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari China untuk membincangkan berkaitan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Jamieson Greer akan berkunjung ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan bersama Presiden AS Donald J. Trump dan Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent.
Semasa di Malaysia, Greer akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari China untuk membincangkan berkaitan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
"Greer juga akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur," kata Pejabat Media Wakil Perdagangan AS dalam satu kenyataan.
Di Jepun, Greer akan menyertai lawatan rasmi Presiden AS Donald Trump ke Tokyo, manakala di Korea Selatan, beliau akan menyertai Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Korea Selatan 2025 di Gyeongju.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober.
Lebih 30 ketua negara dan kerajaan akan berkumpul untuk membincangkan keamanan serantau, daya tahan ekonomi dan pertumbuhan inklusif di bawah tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kemampanan".
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Jamieson Greer
#Donald Trump
#ASEAN25
#Scott Bessent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan