awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa

Bernama
Bernama
10/03/2026
12:57 MYT
Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa
Noraini menyampaikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa bersama MPOB hari ini. - Gambar Bernama
Pergerakan Wanita UMNO akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti secara terperinci pelaksanaan inisiatif Rumah Bangsa di peringkat sayap parti itu.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata jawatankuasa itu bertujuan menyelaraskan inisiatif penyatuan bagi membuka ruang kepada bekas ahli untuk kembali menyertai parti.
"Kita akan ikut apa yang dilaksanakan oleh UMNO selaku badan induk. Apabila semua permohonan (untuk menyertai semula parti) diterima, kita akan rujuk perkara ini kepada jawatankuasa pusat yang diterajui oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini malam ini.
Noraini yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penerimaan sayap Wanita UMNO terhadap Rumah Bangsa.
Beliau mengakui sudah wujud perbincangan dan permohonan awal daripada bekas ahli Wanita UMNO untuk kembali menyertai perjuangan parti.
Bagaimanapun, perkara itu, katanya masih pada fasa awal penelitian dan belum di peringkat yang membolehkan sebarang ketetapan akhir dibuat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#Rumah Bangsa
#sayap parti
#inisiatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan