awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan

Bernama
Bernama
06/03/2026
06:42 MYT
WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan
WHO yang berpangkalan di Geneva juga sedang menilai sama ada hab logistik lain di Brindisi, Itali, Nairobi, Kenya dan tempat lain boleh mengambil alih penghantaran. - Gambar fail
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hilang akses ke satu daripada pusat logistik terbesar dan gudang bekalan untuk operasi kecemasan global akibat konflik di Asia Barat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Kemudahan itu, yang terletak di Dubai, telah menggantung semua aktiviti berikutan situasi keselamatan, kata pengarah serantau WHO Hanan Balkhy pada Khamis.
Bekalan perubatan bernilai kira-kira USD$18 juta (kira-kira RM71 juta) kini tersekat di situ manakala penghantaran tambahan bernilai sekitar AS$8 juta yang sepatutnya tiba melalui laut tidak sampai ke hab berkenaan.
Gudang itu menyimpan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang digunakan untuk operasi kecemasan dan untuk menyokong sistem kesihatan lemah di seluruh dunia.
Ini termasuk bekalan untuk merawat individu yang cedera dalam konflik, mangsa gempa bumi atau banjir, dan ubat untuk keadaan seperti tekanan darah tinggi dan diabetes.
Dalam beberapa tahun, menurut WHO, hab Dubai membantu membekalkan ubat kepada lebih 20 juta orang di 70 negara.
Penyelaras kecemasan WHO Annette Heinzelmann berkata agensi itu sedang meneliti sama ada bekalan kini boleh diangkut melalui darat daripada pusat logistik.
WHO yang berpangkalan di Geneva juga sedang menilai sama ada hab logistik lain di Brindisi, Itali, Nairobi, Kenya dan tempat lain boleh mengambil alih penghantaran.
Situasi di Asia Barat menjadi tegang sejak Sabtu (28 Feb), apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#WHO
#logistik
#Asia Barat
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan