awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN serah senarai calon menteri, timbalan menteri untuk Kabinet baharu Sabah - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
01/12/2025
05:55 MYT
BN serah senarai calon menteri, timbalan menteri untuk Kabinet baharu Sabah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kerajaan negeri telah meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing untuk pertimbangan pelantikan. - Gambar fail/Bernama
BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah.

Ringkasan AI
  • Barisan Nasional (BN) menyerahkan senarai calon untuk jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah.
  • Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tindakan tersebut dan menegaskan keutamaan adalah kestabilan politik Sabah untuk pembangunan negeri.
  • BN bersedia bekerjasama dengan parti sehaluan bagi membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan perkara itu dan berkata kerajaan negeri telah meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing untuk pertimbangan pelantikan.
"Bagi PRN Sabah, pembentukan kerajaan akan dilakukan secepat mungkin. Kita menghargai kerjasama pelbagai parti selain GRS (Gabungan Rakyat Sabah) yang berjalan dengan baik.
"Malah, saya sendiri telah menghubungi Ketua Menteri baharu Datuk Seri Hajiji Noor, serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menstabilkan politik di Sabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat ringkas mengenai bencana banjir di Bagan Datuk hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas prestasi BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dua hari lepas.
Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan keutamaan kini adalah memastikan kestabilan politik Sabah supaya pembangunan negeri dapat diteruskan, termasuk rancangan berkaitan bekalan elektrik, air dan infrastruktur jalan raya.
"Yang penting, kesejahteraan rakyat serta aspirasi Sabah Maju Jaya dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya.
Selepas PRN Sabah ke-17, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa BN bersedia bekerjasama dengan parti-parti sehaluan untuk membentuk kerajaan baharu, demi memastikan kestabilan politik negeri.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#Kabinet Negeri Sabah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan